Skip to content

PENJANA – Bantuan Khas Kepada Golongon OKU

Terdapat berita baik kepada golongan Orang Kurang Upaya  (OKU)  di negara. Mengikut pernyataan yang diambil daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 5 Jun lalu, salah satu insentif Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) ialah pemberian tunai kepada golongan OKU.


Syarat Kelayakan Membuat Permohonan

Bantuan ini hanya terbuka kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara yang telah mendaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja.Ini bermaksud, bantuan ini terbuka kepada golongan OKU warganegara Malaysia.

Jumlah Bantuan Khas OKU

Bantuan ini bernilai RM 300.00 yang akan dibayar secara one-off sahaja. Bantuan ini merupakan elaun tambahan kepada penerima Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) & Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT).


Cara Membuat Permohonan

Bantuan ini tidak perlu dimohon kerana bantuan ini akan didapat sebelum Hari Raya Aidiladha secara automatik. Oleh itu, kepada mereka yang tertanya-tanya bagaimana untuk membuat permohonan, anda tidak perlu risau . Selagi anda telah berdaftar dibawah JKM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *