Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pengeluaran Khas KWSP

 

Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pengeluaran Khas KWSP

KELULUSAN PENGELUARAN RM 10,000

Rata-rata pencarum KWSP sangat bersyukur atas tindakan kerajaan meluluskan pelaksanaan Pengeluaran Khas KWSP sehingga RM 10,000 setelah lama dinanti oleh para pencarum.

Pengeluaran ini mampu membantu pencarum menyelesaikan segala keperluan yang dihadapi dan sebagai modal baru untuk menjalankan sesebuah perniagaan.

Rakyat turut berharap agar pengeluaran ini tidak dikenakan syarat khusus seperti pengeluaran i-Sinar dahulu dimana pada awalnya kerajaan mengenakan syarat pengeluaran.

PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA TAHU

Pelbagai perkara penting yang perlu anda tahu mengenai Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 ini. Berikut adalah perkara yang dimaksudkan :

1. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PENGELUARAN ?

Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada seluruh ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun tanpa pengecualian.

2. JUMLAH PENGELUARAN ?

Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.

3. JENIS PENGELUARAN YANG BAKAL DILAKSANAKAN ?

Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu tetapi sekiranya tidak mencukupi anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 1. 

Ini bermaksud, anda perlu menghabiskan Akaun 2 terlebih dahulu dan tidak boleh memilih jenis akaun untuk membuat pengeluaran.

4. TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP mula dibuka pada 1 April sehingga 30 April 2022.

5. CARA PERMOHONAN

Panduan permohonan akan dikemas kini dari masa ke masa. Manakala, permohonan Pengeluaran Khas ini akan dilaksanakan secara online sahaja.

6. TARIKH BAYARAN

Melalui Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pertama bermula 20 April 2022 ini. Buat masa ini, tiada sebarang informasi adakah pengeluaran ini secara one-off atau secara bulanan seperti pengeluaran i-Citra sebelum ini.

BERHARAP AGAR SEMUA PENCARUM MEMBUAT PENILAIAN

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” kata beliau dalam sidang khas.

0 thoughts on “Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pengeluaran Khas KWSP”

  1. Mcm2 cerita klu da 10k diluluskan berbagai alasan,yg rakyat pi pengundi berbaris dari pagi kepetang rakyat tiada mengeluh,rakyat susah berhutang sana sini ada didengar kah,

    Reply

Leave a Comment