Permohonan Gagal Di Fasa 3 ? Ini Penjelasan Pihak LHDN

Mesti ramai tertanya-tanya mengenai permohonan mereka yang tiba-tiba sahaja gagal untuk mendapat bantuan BSH fasa 3.

Ya, kekecewaan muncul dan rasa tidak puas hati kerana penerimaan BSH fasa 1 dan 2 lulus tetapi BSH fasa 3 gagal.

Setiap permohonan, telah disemak oleh pihal LHDN secara telus mengikut data yang telah anda berikan. Jadi, ianya tidaklah berlaku secara suka-suka atau menganggap terapat pihak yang menghalang untuk mendapat bantuan.

Tarikh Permohonan Rayuan 

Kepada yang gagal, jangan berasa sedih dan kecewa kerana permohonan rayuan akan dibuka sedikit masa lagi.

Tarikh permohonan rayuan akan dibuka pada 7 Ogos sehingga 6 September 2020.

Dokumen yang Perlu Disiapkan Untuk Permohonan Rayuan 

Antara dokumen penting yang perlu dibawa atau dihantar ialah :

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Pasangan (Jika sudah berkahwin)
  • Sijil Kematian (Sekiranya ada kematian)
  • Dan Dokumen Tambahan Yang Diminta
Setiap permohonan yang tidak diluluskan terdapat alasan tersendiri.
Terdapat 41 kod alasan yang masih digunakan bermula 2019 sehingga kini.
Jom semak di bawah
Kod Alasan

  1. Maklumat pengenalan pemohon berbeza dengan semakan data dari JPN yang melibatkan nama, nombor kad pengenalan atau status kewarganegaraan. Oleh itu tindakan yang perlu dibuat ialah pemohon perlu mengemukakan dokumen asal dan salinan Mykad Pemohon.
Sila rujuk gambar di bawah untuk melihat 40 lagi kod alasan yang terdapat.


Cara Buat Permohonan Rayuan

Terdapat 2 cara untuk untuk membuat permohonan rayuan bermula 7 0gos 2020 sehingga 6 September 2020
  1. Permohonan secara online boleh tetapi hanya untuk yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja. >https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Bawa dokumen yang diperlukan dan isi borang permohonan rayuan. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, PKH atau UTC yang terdekat.

Leave a Comment