Permohonan i-Sinar bagi kategori 1 telah bermula pada 21 Disember 2020 yang lalu. Manakala, permohonan bagi kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021 nanti.
Kepada yang tidak tahu atau belum membuat permohonan anda disarankan untuk merujuk panduan sahih disini : Panduan Permohonan i-Sinar Kategori 1
Tempoh Permohonan
Kepada yang belum membuat permohonan, anda tidak perlu tergesa-gesa mengisi i-Sinar tersebut kerana permohonan ini dibuka selama
- 6 Bulan
KWSP mengumumkan bahawa permohonan ini dibuka sehingga 30 Jun 2021. Jadi, anda mempunyai banyak masa untuk meneliti skim i-Sinar.
Tidak perlu tergesa-gesa kerana daripada perhatian penulis ramai pemohon telah membuat kecuaian dalam mengisi jumlah pengeluaran akibat tidak berfikir atau tidak membaca arahan sepenuhnya.
Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 1
Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut :
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak(ks) 30% dan ke atas selepas Mac 2020
Semakan Permohonan
Kepada mereka yang telah membuat permohonan pada 21 Disember, anda boleh membuat semakan pada 4 Januari depan dan seterusnya.
Talian HOTLINE
KWSP juga telah membuka talian HOTLINE kepada pemohon yang ingin bertanyakan soalan.
Untuk pengetahuan anda, permohonan i-Sinar hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Anda tidak perlu pergi ke pejabat KWSP untuk memohon, harap maklum.
Terbaik
kenapa saya dah daftar isinar n cek pemohonan tiada idintity d jumpai