Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 1

 

Permohonan i-Sinar sudah dibuka. Rujuk cara permohonan dibawah

Permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP Kategori 1


Permohonan pada kali hanya dibuka pada pemohon kategori 1, berikut merupakan ahli yang layak
  • Ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • Suri rumah
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di sektor ekonomi gig (contohnya pemandu e-hailing)
  • Hilang pekerjaan
  • Cuti tanpa gaji
  • Hilang sumber pendapatan
Panduan Permohonan Kategori 1


Berikut merupakan panduan permohonan. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja.
  1. Layari portal rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda. Seterusnya, klik Teruskan.
  3. Isikan Nombor OTP yang dihantar melalui SMS dan Sahkan OTP atau jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan.
  4. Pilih amaun yang anda inginkan.
  5. Tetapkan Bayaran Bulanan Pertama dan klik Teruskan.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  7. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan klik Teruskan.
  8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum klik Hantar.
  9. Permohonan anda berjaya dihantar dan akan diproses


Semakan Status Permohonan 
  1. Semakan status permohonan boleh disemak bermula 4 Januari 2020 nanti.
  2. Manakala, permohonan kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari.

0 thoughts on “Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 1”

Leave a Comment