Permohonan Jawatan Kosong PDRM (RM 2,502 – RM 9,803)


Sukacita ingin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka peluang kerjaya atau jawatan kosong dalam badan perkhidmatan tersebut.

INFO JAWATAN KOSONG POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 2021

MAJIKAN : POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

JAWATAN KOSONG: INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA)

TARIKH PERMOHONAN : 16 APRIL SEHINGGA 30 APRIL 2021



SYARAT KELAYAKAN JAWATAN :


Bagi pembaca yang berminat anda boleh rujuk maklumat jawatan di bawah :
  • Terdiri dari Warganegara Malaysia.
  •  Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online.

Kelayakan  Akademik:


 i) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau 

ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau 

iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau

iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau

Kelayakan fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg
  3.  Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 
  4.  Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  5.  Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan; 
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan 
  7.  Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Cara Permohonan & Maklumat Lanjut


Anda boleh terus melayari portal rasmi e-pengambilan PDRM.
  • Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi e-pengambilan PDRM : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx
  • Anda boleh daftar masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda telah daftar. 
  • Sekiranya anda merupakan pemohon baru, anda boleh klik butang ‘Pendaftaran Baru’ dan isi segala butiran yang diminta.

Leave a Comment