Permohonan Rayuan BPR Bermula 15 – 30 Jun

 

Walaupun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 dan 2 telah selesai dibayar, Kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum dapat ataupun masih tidak layak.


Rayuan Kembali Dibuka

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah membuka rayuan BPR bermula
  • 15 – 30 Jun sahaja
Hal ini untuk membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum.

Siapakah Yang Layak Untuk Mohon Rayuan ?


Berikut merupakan individu atau isi rumah yang layak untuk memohon :
  • Tidak pernah menerima BPR
1) Kategori Isi Rumah
  • Pasangan yang telah berkahwin
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu, janda atau duda yang mempunyai anak
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
2) Kategori Bujang
  • Individu bujang atau ibu tunggal / bapa tunggal / balu / janda dan duda yang tidak mempunyai anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Kategori OKU haruslah berumur 18 tahun sehingga 59 tahun.
Cara Permohonan


Permohonan rayuan BPR boleh dilaksanakan dengan 2 kaedah iaitu

1) Permohonan secara dalam talian
2) Penghantaran borang rayuan secara manual
  • Anda boleh menghantar borang rayuan dimana-mana cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)  LHDNM yang berhampiran
  • Penghantaran borang adalah secara janji temu sahaja
  • Pemohon boleh mengemukakan rayauan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM

0 thoughts on “Permohonan Rayuan BPR Bermula 15 – 30 Jun”

  1. Semenjak covid 19 ini saya tak dapat bantuan kerana alasan lesen kontrak suami sedang walaupun ada lesen tapi pernah ada satu projek pun boleh jalan.kenapa kerajaan terlepas pandang orng seperti saya..😭😭😭

    Reply
  2. tidak lulus alasan kematian suami,sudah update sijil mati dlm rayuan,tpi masih tidak lulus,bilakah akan diluluskan atau memamg tidak lulus dgn alasan kematian suami???

    Reply

Leave a Comment