Sedia maklum, pelbagai bantuan dan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Bantuan yang diberikan meliputi semua golongan termasuklah isi rumah, kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), belia dan warga emas pada 2022 ini.
Melalui pembentangan bajet 2022 pada November 2021 lepas, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah diumumkan.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah program bantuan khas yang dikenali sebagai e-Start / e-Pemula.
BANTUAN KHAS E-PEMULA
Program bantuan e-Pemula ini dilancarkan dengan tujuan untuk menyemarakkan budaya transaksi tanpa tunai melalui e-Dompet atau cashless secara pembelian menggunakan platform digital pada tahun ini.
JUMLAH BANTUAN
e-Pemula akan memberikan bantuan berjumlah RM 150 seorang kepada individu yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendapatan e-Pemula ini
- Kepada semua belia yang sedang menuntut pembelajaran sepenuh masa di mana-mana cawangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerajaan dan swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
- Belia yang berumur 18 sehingga 20 tahun turut layak menerima bantuan ini.
CARA TEBUS e-PEMULA
Penebusan bantuan e-Pemula boleh dibuat bermula 11 April sehingga 1 Jun 2022 melalui salah satu penyediaan perkhidmatan seperti berikut
- Shopeepay
- Grabpay
- Touch N Go ewallet
- Big Pay
- Kepada pengguna yang sedia ada atau baru, sila ikuti arah yang telah disedikan dalam aplikasi e-tunai
- Melalui aplikasi tersebut, anda perlu masukkan maklumat di ruangan yang telah disediakan pada paparan tuntutan e-Pemula dan hantar
- Pengendali e-Tunai akan membuat verifikasi identiti pemohon secara elektronik digital
- Anda akan dimaklumkan jika tuntutan e-Pemula RM 150 berjaya
Kepada penerima yang layak, kredit RM 150 tersebut hanya sah atau layak digunakans sehingga 10 Jun sahaja.