Program Save 3.0 Tawarkan Bantuan Hingga RM 400

 

Program Save 3.0 Tawarkan Bantuan Hingga RM 400

Program Save 3.0 Tawarkan Bantuan Hingga RM 400. Shopee, Lazada, PG Mall dan kedai-kedai fizikal lain dan kerjasama Kementerian Tenaga Sumber Asli (keTSA) melancarkan sebuah bantuan atau baucar kepada pengguna Shopee yang layak.

Ia merupakan sebuah bantuan untuk pembelian barangan elektrik. Program ini bertujuan untuk membantu pengguna Shopee untuk membeli barangan yang terdapat pada baucar tersebut.

PROGRAM SAVE 3.0

Program Save 3.0 adalah merupakan sambungan daripada program Save 1.0 dan 2.0 sebelum ini.
Pembelian tersebut hanya dibenarkan untuk barangan elektrik yang menerima label 4 dan 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.

OBJEKTIF BANTUAN

Pelbagai objektik ke atas pemberian baucar ini termasuklah
  • memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barangan bertaraf 4 dan 5 bintang.
  • meningkatkan jumlah barangan elektrik yang mempunyai 4 dan 5 bintang.

JUMLAH BANTUAN

Pengguna Shopee berpeluang untuk menerima baucar daripada pihak Shopee berjumlah
  • RM 400

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Pemilik akaun elektrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power sahaja yang layak
  • Baucar boleh ditebus melalui kedai elektrik fizikal atau tebus secara dalam talian seperti Shopee, Lazada dan PG Mall
  • Penerima Save 2.0 tidak layak untuk menerima Kategori 1 Save 3.0

KATEGORI BAUCAR

KATEGORI 1 

  • Pembelian peti sejuk / pendingan hawa
  • Baucar berjumlah RM 200

KATEGORI 2

  • Pembelian televisyen / mesin basih / ketuhar / gelombang mikro / periuk nasi
  • Baucar berjumlah RM 50 / RM 100 / RM 200

CARA TEBUS

1. TEBUS SECARA DALAM TALIAN

  • Cari Save 3.0 di aplikasi Shopee / PG Mall / Lazada
  • Bertanya kepada penjual berkenaan baucar tersebut
  • Sekiranya anda layak, penjual akan memberikan baucar Save 3.0 

2. TEBUS MELALUI KEDAI FIZIKAL

  • Untuk tebusan secara terus ke kedai elektrik, anda perlu semak terlebih dahulu kedai yang terlibat disini https://www.seda.gov.my/saveprogram/
  • hadir bersama kad pengenalan dan bil elektrik ke kedai yang anda pilih

Leave a Comment