Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000

Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000. Terdapat lagi sebuah bantuan kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.

Objektif utama pemberian bantuan ini adalah sebagai persediaan rakyat untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA HARI RAYA

Pihak kerajaan negeri Perak telah mengumkan bantuan khas kewangan raya berjumlah RM1,000 dan akan disalurkan secara berperingkat bermula bulan Mac ini.

Bantuan RM1,000 tersebut akan dibayar secara one-off.

SENARAI PENERIMA YANG LAYAK

Hanya kakitangan kerajaan atau penjawat awam negeri Perak termasuklah ketua kampung.

Mereka yang berstatus guru lantikan negeri, orang besar jajahan dan pekerja sambilan harian turut bakal terima manfaat tersebut.

Sebanyak RM8.8 juta peruntukan kerajaan negeri dan akan memberikan manfaat kepada 8,800 jumlah penerima.

TARIKH BAYARAN

Setakat ini tiada tarikh bayaran diumumkan. Walau bagaimanapun, pembayaran secara automatik akan dilaksanakan kepada setiap penerima yang layak.

CARA PERMOHONAN

Tiada permohonan diperlukan untuk penerima bantuan kerajaan Negeri Perak ini.