RASMI : Tarikh Bayaran BKC Fasa 3

 

Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) sangat ditunggu-tunggu oleh para penerima memandangkan ia sudah masuk kepada pembayaran terakhir. Oleh sebab yang demikian, kerajaan baru sahaja mengumumkan tarikh rasmi pembayaran BKC untuk fasa 3.


BANTUAN KHAS

BKC adalah satu jenis bantuan yang diberikan kepada rakyat ketika negara sedang menghadapi pelaksanaan penutupan sektor ekonomi pada bulan Jun lalu.

Perkara ini ialah untuk meringankan beban rakyat kerana mereka tidak boleh pergi bekerja disebabkan terdapat sebilangan sektor ekonomi ditutup. Hal ini akan mengakibatkan ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan dan seterusnya tiada sumber pendapatan.

Diharapkan dengan hadirnya BKC yang dibayar selama 3 fasa mampu meringankan beban rakyat untuk membeli barang keperlu kepada keluarga dan diri sendiri.

Mengikut daripada pengumuman sebelum ini, BKC akan dibayar dalam 3 fasa iaitu 
  • Fasa 1 – September
  • Fasa 2 – November
  • Fasa 3 – Disember

TARIKH BAYARAN

Tarikh pembayaran untuk BKC Fasa 3 baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri pada petang tadi.

Menurut beliau, pembayaran BKC Fasa 3 akan mula disalurkan pada
  • 20 Disember iaitu pada Isnin
  • Pembayaran ini akan melibatkan hampir 3.8 juta penerima
  • Peruntukan berjumlah RM 1.2 bilion untuk BKC Fasa 3
“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia”.


JUMLAH BAYARAN

Jumlah keseluruhan BKC ialah RM 1,300 tetapi ia bergantung dengan kelayakan masing-masing.

Berikut ialah jumlah bantuan mengikut kategori :

Kategori Miskin Tegar Isi Rumah 
  • Bantuan RM 300 akan diberikan pada BKC Fasa 3
Kategori B40 Isi Rumah
  • Bantuan berjumlah RM 300 akan diberikan
Hanya dua (2) jenis pembayaran kategori sahaja akan diberikan manakal kategori bujang, warga tua dan M40 sudah selesai pada BKC lalu.


KAEDAH BAYARAN


Berikut ialah kaedah bayaran untuk BKC Fasa 3 ini :

Pembayaran bantuan untuk kedua-dua kategori akan terus dikreditkan melalui akaun bank yang sama seperti sebelum ini.

Manakala bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh ditebus melalui mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.


0 thoughts on “RASMI : Tarikh Bayaran BKC Fasa 3”

  1. Bkc fasa 2 ketogeri bujang sy tak dpt pun,fasa 1 dpt 200,seblum ini terus ke akaun.. skrng hampehh.. allah bagi rezeki lainlah tu.
    sabar je.

    Reply
  2. #pandanganperibadi.
    Bantuan kepada rakyat semakin kecil dibandingkan masa pemerintahan kerajaan sebelum ini. Beban yang makin meningkat, harga barang semua naik.subsidi barangan makin kurang. Pendapatan masih sama. Golongan b40 sangat tertekan sekarang. Hutang semua kene bayar,harga barang naik, bantuan kerajaan makin kurang, gaji tak naik. Apa yang kerajaan nak banggakan?Menang pilihan raya kat melaka bukan tiket menjamin kedudukan ya. mungkin ada sesetengah orang yang buta mata & hati. sokong semata kerana nama parti,sedangkan perjuangan dah menyasar.

    Reply
  3. Assalamualaikum..maaf saya nak tanya,kenapa dah lama saya tak terima bantuan BPR last saya dapat bulan ogos.. September,november n December saya tak dpt.. Pastu sekarang nie saya mangsa banjir dh seminggu saya kt PPS

    Reply

Leave a Comment