Bantuan RM 1,000 Kepada Mangsa Banjir

 

Negara dikejutkan dengan banjir yang melanda negara pada 18 Disember. Sehingga kini, terdapat beberapa kawasan di negeri Selangor, Pahang dan beberapa negeri lain masih dinaiki air. 

Peristiwa buruk ini dilaporkan telah meragut nyawa rakyat yang terkandas. Selain itu, sehingga kini masih ramai rakyat yang terperangkap dan belum menerima bantuan daripada pihak berwajib. 


BANTUAN BANJIR

Kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan awal sebanyak RM 100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur.

Perkara di atas diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang media terbaru.

Selain itu, bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan
  • di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sebanyak        RM 1,000

CUTI KECEMASAN

Dalam sidang media tersebut juga, Perdana Menteri akan mengumumkan cuti kecemasan kepada kakitangan awam yang terkesan dengan musibah banjir
  • Cuti kecemasan tersebut ialah pada esok bersamaan 20 Disember 2021
Perdana Menteri turut berharap agar tindakan sama yang dibuat oleh majikan swasta kepada pekerja yang terjejas akibat banjir.


TARIKH BAYARAN BANTUAN BANJIR

Tidak dimaklumkan sehingga kini. Kemungkinan besar akan dibayar dalam masa terdekat untuk membantu rakyat yang terjejas.

Kami akan kemas kini dari masa ke masa jika terdapat info berkaitan tarikh bayaran bantuan ini.

Dalam pada itu, difahamkan syarikat GLC dan GLIC turut akan bekerjasama dengan kerajaan untuk sediakan geran padanan. Perkara ini ialah untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik terutamanya negeri yang terjejas teruk dengan banjir.

0 thoughts on “Bantuan RM 1,000 Kepada Mangsa Banjir”

Leave a Comment