Sukacita diumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan tarikh rasmi bayaran keempat i-Citra iaitu bayaran untuk bulan Oktober.
Pengumuman ini amat dinantikan setiap bulan oleh para penerima i-Citra. Anda sangat menunggukan tarikh bayaran untuk setiap bulan. Tetapi malangnya, setelah bayaran bulan November dilaksanakan, ini bermaksud hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk bayaran i-Citra.
TARIKH BAYARAN RASMI I-CITRA
Mengikut pengumuman yang dikeluarkan oleh KWSP melalui Facebook rasmi mereka, bayaran i-Citra bulan Oktober akan bermula pada
- 1 November 2021
- Tempoh pembayaran selewat-lewatnya 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank
Info tambahan :
Pembayaran adalah dibayar secara berperingkat, pembayaran anda mungkin akan lewat selama beberapa hari
CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA
Semakan tarikh bayaran i-Citra adalah melalui i-Akaun
Langkah ini hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunya i-Akaun
- Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Sila daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan
- Klik dan semak pada bahagian ‘PENGELUARAN / WITHDRAWAL (BAHASA INGGERIS)’
- Kemudian klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Selanjutnya, klik di paparan ‘i-Citra’
- Tarikh bayaran akan dipaparkan
SEMAK TARIKH BAYARAN BAGI BULAN BERIKUTNYA SELEPAS NOVEMBER
Pembayaran i-Citra adalah sama juga pembayaran i-Sinar dan i-Lestari yang dilaksanakan sebelum ini.
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Citra pada i-Akaun KWSP anda.
- Jika pada i-Akaun anda, kolum ‘Monthly Recurring End Date’ bertarikh pada 2 Disember, ia bermakna tarikh pembayaran untuk setiap bulan ialah pada tanggal 2.
- Tetapi, tarikh i-Citra ini turut akan berubah sekiranya tarikh jatuh pada hujung minggu (weekend).
- Anda hanya perlu rujuk tarikh penerimaan akhir untuk mengetahui tarikh pembayaran bulanan.
Membantu, meringankan, melegakan dan seharusnya di ketika memerlukan
Semua seharusnya tahu namakan khas coved-19, semua tidak tercicir, ini tidak melihat kepada yg memerlukan nama atas nama coved19. Mengelirukan. Hanya kwsp shja yg membantu saya tetapi itu Wang sendiri dibantu oleh kerajaan keluarkan, tetapi atas Bantuan coved19 ini langsung sukar mendapatkan. Dimana silap kalau sakit semua mustahil yg lain tidak sakit.
Membantu sgt2, memndangkan sy xkeja dh g..serba sedikit bleh bantu suami
Sangat menbantu sya dn ank²..sya pn dh lm tak brkerja dh..dn serba sedikit boleh bntu meringankan beban sya..