Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan tentang pembayaran i-Sinar bulan September melalui laman web Facebook rasmi mereka.
SIAPA YANG AKAN TERIMA i-SINAR NOVEMBER ?
Ramai berkata bahawa i-Sinar sudah tamat. Tetapi perkara tersebut adalah tidak benar.
- Hal ini kerana masih terdapat pencarum yang baru sahaja memohon atau pembayaran belum mencapai 6 bulan.
Golongan seperti contoh di atas adalah antara penerima i-Sinar selain daripada bayaran i-Citra.
PEMBAYARAN BERMULA 26 OKTOBER
Menurut info yang diterima daripada Facebook rasmi KWSP, pembayaran i-Sinar untuk bulan Ogos akan diawalkan bermula pada
- 26 October (Selasa)
- Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Anda akan menerima bayaran i-Sinar November awal 3-4 hari daripada tarikh sebetulnya. Perkara ini adalah untuk memudahkan pihak KWSP bagi urusan i-Citra dan i-Sinar.
JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR OGOS
Pembayaran Oktober hanya akan dilakukan selama 1 hari sahaja tetapi secara berperingkat. Berbeza daripada sebelum ini dimana pembayaran akan dilakukan secara berperingkat sehingga 10 hari pada bulan-bulan sebelum ini.
Oleh itu, kepada penerima i-Sinar anda tidak perlu menunggu lama untuk menerima pembayaran.
- Jika pembayaran belum anda terima pada 26 Oktober maka anda akan menerima pada 27 Oktober.
- Tetapi jika terdapat kelambatan pembayaran melebihi tarikh yang diberikan, anda boleh menunggu sekitar 1-2 selepas itu atau menghubungi KWSP.