PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah perumahan yang terkenal di negara. Ia adalah program kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Sangat murah rumah yang ditawarkan untuk program ini. Jadi jom baca sehingga habis artikel ini untuk mengetahui info penuh mengenai Program Perumahan Rakyat ini.
KATEGORI-KATEGORI PPR
Hanya terdapat 2 kategori rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi pelaksana projek-projek PPR daripada Perlis sehingga Sabah.
Berikut ialah 2 kategori PPR :
1) PPR DISEWA
2) PPR DIMILIKI
1) PPR DISEWA
Program PPR Disewa telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan.
BAYARAN SEWA :
Mereka yang layak untuk PPR DISEWA hanya akan membayar sewa
- RM 124 sebulan
- RM 35,000 seunit di Semenanjung
- RM 42,000 seunit di Sabah dan Sarawak
- PPR Kawasan bandar besar : Jenis rumah ialah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat
- PPR Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
- Luas : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan dalam rumah : 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air (tandas)
- Kemudahan asas termasuklah :
- Dewan komuniti
- Surau / ruang solat
- Gerai makan / ruang niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Kawasan lapang / taman permainan
- Tempat buang sampah
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan
- Belum memiliki rumah sendiri
- Mengikut syarat-syarat tambahan oleh Kerajaan Negeri
- Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Setelah selesai pendaftaran, log masuk menggunakan butiran yang didaftarkan
- Pilih skim mengikut kelayakan
- Lengkapkan maklumat pemohon
- Pilih projek
- Muat naik dokumen sokongan dengan betul
- Buat pengesahan dan hantar permohonan
- Emel : teduh@kpkt.gov.my
- Helpdesk : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk
Saya telah kerapkali memohon skim perumahan ppr daripada kerjaan,sejak belasan tahun sehingga kini sudah lebih 20tahun,tidak pernah ada jawapan yg pasti..sya asal dan penduduk tempatan dimana projek rumah ppr dibina berada di tempat kelahiran saya sendiri, tdk pernah dipandang oleh pihak tertentu org bawahan kerajaan.. Sedangkan org dri luar kawasan boleh mendaoatkan nya.. Apakah ini adil???. Saya ketua keluarga dan tdk punya pendapatan tetap,tambahan covid melanda amat menyukarkan kehidupan kami sekeluarga.. Tdk kah pihak kerajaan punya rasa simpati dan membantu saya dan keluarga,memandang berat pada kesulitan hidup yg rakyat hadapi??.. Sedangkan matlamat kerajaan mahu meringankn beban masyarakat golongan susah miskin seperti saya.. Dimana keprihatinan kerajaan pada saya rakyat malaysia yg setia pada pemerintahan kerajaan selama ini??
Assalaimualaikum!slmt ptg. Saye mohd sabri tinggal di flat apt julia bbs fasa 2b jln sg tua 68100 batu caves selangor. Menyewa di sni sdh hampir 8tahun,saya ketua keluarga.dh byk kali saya mohon umh dri kerajaan sel, tapi semuanye hampeh.saya nk mtk kerajaan persekutuan tlong saya. Umh usang pn xpelh, jnji dpt umh sendiri, x larat dh nk menyewa.kje skrg dh x menentu.di sebb kn covid 19,tlng saya.
Saya telah memohon,tapi Blum ada jawapan,dari mana² pihak,saya amat berharap kerana saya tidak memiliki rumah dan tanah untuk membina rumah,dgn usia saya sudah 53 tahun,saya amat harap dapat,diterima dalam permohonan PPR sewa di negeri (ipoh) perak,saya berkerja di sana,t,kasih atas kerjasama pihak berkenaan.