RASMI : TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3 SERTA RAYUAN DAN JUMLAH BAYARAN

 

Berita yang paling ditunggu-tunggu telah tiba, berita tersebut adalah berkenaan tarikh rasmi pembayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan pada bulan September.

Bayaran BPR Fasa 3 dan rayuan ini merupakan bayaran terakhir BPR pada tahun 2021.

TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3 DAN RAYUAN

Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai tarikh bayaran rasmi BPR Fasa 3 dan rayuan.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan Rayuan akan dikreditkan  ke dalam akaun penerima mulai
  • 28 September sehingga 30 September 2021
Sebanyak RM 2.82 bilion diperuntukkan kerajaan untuk pembayaran BPR ini.

JUMLAH BAYARAN

Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori. Pembayaran terbahagi kepada dua iaitu penerima BPR FASA 3 dan penerima BPR rayuan.

Menurut Perdana Menteri, penerima BPR FASA 3 akan menerima bayaran
  • sehingga RM 1,400 mengikut kategori
Manakala penerima bayaran BPR rayuan akan memperoleh sehingga
  • RM 2,300
  • Termasuk bayaran BPR Tambahan berjumlah RM 500
Pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

CARA BAYARAN

Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank yang telah anda daftarkan. Untuk pengetahuan anda, pembayaran adalah secara berperingkat seperti mana-mana bantuan sebelum ini.


0 thoughts on “RASMI : TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3 SERTA RAYUAN DAN JUMLAH BAYARAN”

Leave a Comment