TEDUH adalah satu portal rasmi yang dimana akan memaparkan maklumat dan juga fungsi carian berkaitan projek-projek dan program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Di dalam TEDUH Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modal utama.
Ciri-ciri Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR)
- Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar
- Harta tanah atau landed properties di pesisir dan pinggir bandar
- Keluasan – Tidak kurang 700 kps
- Isi dalaman – 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 2 bilik air
Seronok kan ? Sekarang jom kita semak syarat kelayakan yang anda perlu penuhi sebelum membuat permohonan
Syarat-syarat Kelayakan Permohonan
Skim PPR Disewa & PPR Dimiliki
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah bawah RM 3,000
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang akan ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Skim PRIMA
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah hendaklah di bawah RM 3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah sendiri
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing
Panduan Permohonan Secara Online
- DAFTAR AKAUN PEMOHON
- Pemohon haruslah terlebih dahulu membuat akaun yang akan diberikan di bawah KLIK : DAFTAR AKAUN
- Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan.
- GUNAKAN EMEL UNTUK PENGESAHAN
- Pastikan emel yang anda daftarkan aktif dan masih diguna.
- Pemohon akan menerima emel dari Pendaftaran Akaun Skim Perumahan Mampu Milik untuk pengaktifan akaun.
- Pemohon harus menekan link berwarna biru yang terdapat dalam emel tersebut.
- PILIH SKIM PERUMAHAN YANG DIKEHENDAKI
- Pemohon perlu memilih sama ada SKIM PPR DISEWA/ SKIM PPR DIMILIKI/ SKIM MYHOME.
- Pemohon perlu membaca semua syarat yang disediakan.
- Pemohon perlu mengisi seluruh butiran yang diperlukan dengan tepat dan tidak terlepas.

- DOKUMEN SOKONGAN
- Senarai dokumen sokongan akan dipancarkan di skrin anda.
- Dokumen tersebut perlu dimuat naik dalam fail PDF dan tidak melibihi 3MB saiznya.

- PENGESAHAN
- Setelah dokumen telah dihantar, pemohon perlu membuat pengesahan berkenaan maklumat yang diisi ialah benar.
- Apabila selesai, pemohon perlu menunggu jawapan dari pihak kerajaan untuk langkah seterusnya.