SEMAK KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2

Januari lalu, pembayaran fasa pertama bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diberikan kepada penerima yang layak.

Terdapat sebanyak tiga kategori yang mendapat manfaat daripada pelaksanaan STR Fasa 1 iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.

Masing-masing akan menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Kerajaan bersetuju meneruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 telah diagihkan pada Januari.

INFO: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BRIM.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 2

Berikut ialah kategori penerima yang layak untuk STR Fasa 2 nanti :

KATEGORI RUMAH TANGGA

  • Sudah berkahwin atau
  • Ibu tunggal atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak
  • Berpendapatan bulanan antara RM 0 – RM 5,000

KATEGORI TUNGGAL

  • Bujang belum berkahwin atau
  • Ibu tunggal atau bapa / balu / duda yang tidak mempunyai anak
  • Berumur antara 21 hingga 59 tahun
  • Berpendapatan bulanan antara RM 0 – RM 2,500

Maklumat kategori yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan maklumat pelaksanaan BKM sebelum ini.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, LHDN telah membuat kenyataan baha semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh dilakukan dengan melayari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagi anda yang tidak tahu cara membuat semakan, berikut adalah cara semakan

  • Klik Log Masuk MYSTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Laluan Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran
  • Maklumat untuk dipaparkan
  • Nama pemohon
  • MyKad Pemohon
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran Fasa (jika layak untuk pembayaran fasa 1)

Leave a Comment