Skip to content

Semakan Dan Cara Tebus Baucar Perlindungan Berjumlah RM 75

 

Keluarga Malaysia merupakan slogan kerajaan pada hari ini. Disebabkan itu, pelbagai jenis insentif yang diumumkan pada bajet 2022 bertumpukan dengan Keluarga Malaysia.

Bajet 2022 telah pun selesai dibentangkan dan diluluskan pada 29 Oktober lalu. Oleh itu, bajet kali ini amat menitikberatkan aspek perlindungan kepada rakyat khususnya mereka yang dalam kategori B40.

BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

Program ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk melindungi rakyat sekiranya terdapat apa-apa insiden yang tidak diingi berlaku. Seperti yang sedia maklum, keselamatan sosial ialah benteng pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup sebuah institusi keluarga atau individu.

Disebabkan penyertaan insurans yang masih rendah dikalangan rakyat lebih-lebih lagi B40 disebabkan itu kerajaan memberi subsidi untuk perlindungan takaful atau insurans dalam usaha untuk meningkatkan jarangan keselamatan sosial untuk B40.

Inisiatif ini adalah untuk memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak di negara.

JUMLAH BAUCAR PERLINDUNGAN

Jumlah asal Baucar Perlindungan Tenang ini adalah RM 50 pada tahun ini. Tetapi akan dinaikkan kepada RM 75 untuk tahun hadapan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2022 lalu.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk baucar tersebut 
  • Penerima yang layak hanyalah untuk penerima BPR kategori B40 sahaja
  • Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli atau menyertai satu polisi sahaja. Sekiranya harga produk yang dibeli kurang dari RM 75, baki tidak akan dipulangkan dan sekiranya harga produk lebih RM 75, penerima perlu membayar lebihan harga
  • Pulangan tunai atau pembayaran balik tunai adalah tidak dibenarkan
  • Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi atau sijil baharu memperbaharui polisi / sijil. Baucar tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada

CARA SEMAKAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

Semakan boleh dibuat bermula
  • 30 September 2021
Sebanyak RM 3.6 juta golongan isi rumah boleh mula menyemak semakan kelayakan mereka di bawah program Baucar Perlindungan Tenang yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.

Untuk pengetahuan anda, semakan boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut 

1. Semakan Manual – Kunjungi wakil insurans pengendali takaful

2. Semakan Online – Melalui laman web https://myptv.my/

KELEBIHAN PERLINDUNGAN TENANG

Penerima yang layak untuk menerima baucar ini, anda boleh melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain.

Selain itu, pembelian polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150 cc ke bawah mulai 1 Januari 2022 turut dibenarkan menggunakan baucar tersebut.

Kerajaan turut bercadang :
  • Memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful premium atau sumbangan tidak melebihi RM 150 bagi individu dan RM 250 bagi perusahaan PKS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *