Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang bilakah tarikh semakan BPN 2.0 boleh disemak. Disebabkan itu, kami telah berjaya mendapat informasi sebanyak mungkin kepada anda. Sila rujuk maklumat di bawah
Keputusan Semakan BPN 2.0
Berdasarkan maklumat sahih yang kami terima daripada laman web rasmi LHDN dinyatakan bahawa penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang sedia ada (penerima BPN 1.0) boleh membuat semakan status mulai
- 15 Oktober 2020
Selain itu, LHDN akan menampalkan notis atau informasi berkaitan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 diluar pejabat LHDN.
Walau bagaimanapun, tarikh kemasukan duit fasa 1 akan bermula pada penghujung Oktober bukan pada 15 Oktober. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat. Manakala, lebihan bayaran yang belum diterima akan diagihkan pada Januari 2021.
Manakala, bagi bukan penerima BPN 1.0 anda boleh membuat permohonan baru/ rayuan BPN 2.0 bermula pada 15 Oktober 2020.
Baca juga : Permohonan Baru BPN 2.0 Bermula 15 Oktober
SEMAKAN BPN 2.0
Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0
Rujuk disini : Borang Permohonan Kepada Pemohon Baru Secara Manual
Kepada pemohon baru BPN 2.0 yang merupakan bukan penerima BPN 1.0 berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
Kategori BPN 2.0 Golongan B40
- Isi Rumah
- Kahwin atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,000 ke bawah
- Bujang
- Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
- Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
- Pendapatan Bujang adalah RM 2,000 dan ke bawah
Kategori BPN 2.0 Golongan M40
- Isi Rumah
- Kahwin atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,001 hingga RM 8,000
- Bujang
- Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
- Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
- Pendapatan Bujang adalah RM 2,001 hingga RM 4,000
Saya blm dpt lg dari bpn
Kenapa bpn m40 berkeluarga saya cuma rm400 saja ye.. Sdgkan saya check status bpn layak rm600.. Adakah maybank byr berperingkat amaun tu ye?
Saya nak mohon bantuan