Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM 500

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM 500

 Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan kewangan yang mula disalurkan tahun ini.

Ia merupakan bantuan yang menyasarkan rakyat Malaysia yang dalam kategori B40, M40 dan lain-lain untuk meringankan beban perbelanjaan.

Menerusi bantuan BKM, kerajaan telah bersetuju memberikan bantuan tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima yang layak.

BANTUAN TAMBAHAN RM 500

Terdapat bayaran tambahan BKM sebanyak RM 500 kepada penerima BKM. Sekiranya anda merupakan penerima BKM, bolehlah anda menyemak status untuk ketahui jika anda layak atau tidak menerima bantuan tambahan berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus warga emas
  • Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan menepati syarat yang ditetapkan

KADAR BANTUAN TAMBAHAN

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia adalah 
  • RM 2,000
Tetapi, penerima berpeluang menerima bantuan tambahan RM 500 sekiranya layak.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN

  • Layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  • Sila log masuk akaun anda
  • Kemudian tekan pada semakan status untuk semak status permohonan anda
  • Status permohonan dan jumlah bayaran yang diterima diluluskan akan dipaparkan 
  • Jumlah bayaran tambahan BKM RM 500 akan dinyatakan sekiranya anda layak
  • Jika tiada paparan BKM Tambahan, ia bermakna anda tidak layak

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan telah dibayar pada Fasa 1 iaitu 28 Mac lalu. Manakala, baki pembayaran BKM Tambahan dijangkakan pada Jun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) anda boleh terus rujuk di laman web rasmi BKM dan Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Leave a Comment