Tarikh Semakan Kelulusan BKM Terbaru

Tarikh Semakan Kelulusan BKM Terbaru

 BKM 2022

Sebelum anda membuat semakan kelulusan BKM 2022, semestinya anda menyemak terlebih dahulu sama ada permohonan anda telah diterima. Berikut adalah caranya:

SEMAKAN PERMOHONAN BKM DITERIMA

  • Layari pautan BKM di sini :
  • Log masuk akaun anda dengan memasukkan nombor MyKad dan klik SEMAK
  • Setelah berjaya log masuk, klik pada PETI MEL, SURAT dan PERMOHONAN bkm 2022
  • Pastikan paparan akan menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima

TARIKH SEMAKAN KELULUSAN BKM 2022

Untuk makluman, tarikh bayaran BKM pada 28 Mac 2022 telah pun diumumkan dan pastikan anda membuat semakan kelulusan anda. Bagi mana-mana individu yang mendapat status tidak lulus, sila buat rayuan BKM sebelum 2 Jun ini.

SEBAB PERMOHONAN BKM TIDAK LULUS

Berikut adalah merupakan antara beberapa sebab kenapa anda gagal mendapat kelulusan BKM :
  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan memerlukan pengesahan
  • 12- Anda berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Anda atau pasangan adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini
  • 31 – Status perkahwinan anda perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

TARIKH RAYUAN BKM

Berikut adalah tarikh rayuan BKM yang dibuka selama sebulan :
  • Rayuan Dalam Talian – mulai 2 Mei hingga 2 Jun 2022
  • Rayuan Secara Manual Dengan Menggunakan Borang – mulai 9 Mei hingga 2 Jun 2022

CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Berikut adalah kaedah permohonan rayuan BKM 2022
1. Rayuan Secara Dalam Talian
  • Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi BKM LHDNM di bkm.hasil.gov.my
2. Rayuan Secara Manual
  • Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan menggunakan borang rayuan BKM 2022, anda boleh membuat penghantaran di cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
  • Borang rayuan akan dikeluarkan sebelum 9 Mei

TARIKH BAYARAN RAYUAN

Menurut Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), setelah pangkalan data BKM dikemaskini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan dibayar pada 
  • pembayaran BKM Fasa 3 dan 4 yang dijadualkan pada bulan September dan Disember 2022

Leave a Comment