Tarikh Dan Senarai Bantuan Bulan Disember

 

Sehingga penghujung tahun 2021, pelbagai jenis bantuan akan disalurkan kepada rakyat. Oleh hal demikian, Disember merupakan bulan terakhir dimana pelbagai jenis bantuan akan dibayar.

Rakyat tertunggu-tunggu bayaran bantuan untuk bulan Disember yang akan disalurkan nanti.

Di bawah ialah senarai bantuan yang akan dibayar pada bulan Disember ini beserta maklumat penuh bantuan tersebut.


TARIKH DAN SENARAI BANTUAN BULAN DISEMBER

Di bawah ialah beberapa jenis bantuan yang akan diberikan pada bulan Disember ini. 

1. Bayaran i-Citra RM 1,000

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mengesahkan bahawa pembayaran i-Citra akhir akan dilaksanakan bermula 1 Disember 2021.

Walau bagaimanapun, ia merupakan bayaran terakhir i-Citra selepas 5 bulan ia dilaksanakan. Tiada sebarang berita bahawa ia akan disambung dalam masa terdekat.

Jumlah bayaran maksimum pula adalah sehingga
  • RM 1,000 sahaja
  • Pembayaran ialah maksimum RM 5,000 selama 5 bulan
  • Tetapi ia bergantung dengan jumlah baki atau jumlah pengeluaran yang anda mohon pada tempoh hari.

2. Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa 3

Pembayaran BKC dilaksanakan sebanyak 3 fasa.  Tiga fasa tersebut ialah pada bulan September, November dan Disember.

Pembayaran BKC untuk fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada bulan-bulan lepas kini giliran untuk pembayaran fasa terakhir pula.

Untuk pengetahuan anda, tiada tarikh rasmi bayaran dikeluarkan setakat ini. Tetapi yang pasti pembayaran akan dikreditkan selewat-lewatnya pada penghujung Disember.

Jumlah bantuan untuk BKC Fasa 3 ialah
  • Maksimum RM 300 mengikut kelayakan masing-masing.

3. Bayaran Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bulan Disember

Bantuan JKM ialah bantuan yang diberikan pada setiap bulan kepada individu yang layak. Pembayaran bantuan JKM bagi bulan Disember telah mula dikreditkan pada
  • 25 sehingga 30 November
  • Pembayaran bantuan diawalkan beberapa hari sebelum bulan Disember
Manakala, pihak JKM turut menyatakan tarikh bayaran bantuan untuk bulan Januari 2022 akan dikreditkan mulai
  • 1 sehingga 10 Januari 2022 kelak

4. Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA Bulan Disember

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT merupakan satu jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pekebun kecil getah di seluruh negara. Ia bertujuan untuk membantu pekebun kecil getah yang kekurangan hasil akibat musim tengkujuh.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 191 juta kepada lebih kurang 232,000 pekebun kecil.

Jumlah bantuan disalurkan adalah berjumlah RM 600 dan akan dibayar dalam dua fasa iaitu
  • Bulan November – RM 300
  • Bulan Disember – RM 300

Leave a Comment