Terima Bantuan Pekerjaan Sehingga RM 1,000

 

Terdapat sebuah program yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan PERKESO untuk memberikan atau menyediakan bantuan kewangan berjumlah sehingga RM 1,000 sebagai bantuan pekerjaan atau lebih dikenali sebagai elaun pekerjaan.

Pemberian bantuan ini adalah kepada pekerja yang berdaftar di bawah program SIP Prihatain 2.0. 

Untuk mengetahui informasi lanjut, sila baca artikel ini sehingga habis.


PROGRAM SIP 2.0

Program ini telah diperuntukkan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 untuk membantu rakyat yang kehilangan kerja akibat pandemik serta penutupan sektor ekonomi yang melanda.

Melalui program bantuan ini, terdapat dua (2) JENIS ELAUN yang pekerja boleh dapat termasuklah 

1) Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) 
  • Pemberian bantuan ini adalah sebanyak RM 300 sebulan dan hanya diberikan untuk tempoh dua (2) bulan sahaja
  • Jumlah maksimum bantuan ini RM 600
2) Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB)
  • Bantuan berjumlah RM 400 akan diberikan 
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off sahaja (sekali bayar)
  • Diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon berjaya dapat pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0

KADAR ELAUN

Berikut ialah perincian untuk pembahagian kadar elaun yang dimaksudkan di atas :

1) RM 300 X 2 BULAN

Aktiviti Carian Pekerjaan 
  • Menghadiri temu duga terbuka (fizikal atau dalam talian)
Jumlah Aktiviti Setiap Bulan
  • 3 temu duga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan
2) RM 400 ONE-OFF

Aktiviti Carian Pekerjaan
  • Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama
Jumlah Aktiviti Setiap Bulan
  • Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemberian elaun pekerjaan di atas :
  • Rakyat Malaysia yang tidak bekerja
  • Hilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)
  • Berdaftar dalam portal MyFutureJobd dan aktif cari kerja

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau online melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.

Anda perlu muat turun aplikasi tersebut melalui App Store atau Play Store telefon pintar anda.

Seterusnya, anda perlu membuat pendaftaran untuk pencarian kerja dalam portal rasmi MyFutureJobs www.myfuturejobs.gov.my .

Anda hanya perlu buat pencarian kerja, hadir temu duga dan kemas kini log aktiviti anda pada setiap hari.

Apabila telah mendapat pekerjaan, sila kemas kini pada aplikasi PRIHATIN PERKESO. Sekiranya lulus, pembayaran bantuan pekerjaan / elaun akan dilakukan secara automatik.

Leave a Comment