Skip to content

TERKINI: Bantuan Laptop Dan Data Internet Percuma Kepada B40

 

TERKINI: Bantuan Laptop Dan Data Internet Percuma Kepada B40

BANTUAN PERANTI SISWA PERCUMA

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan bantuan yang melibatkan Pelan Data Percuma dan juga peranti siswa secara percuma kepada pelajar IPT yang berkategori B40.

OBJEKTIF BANTUAN

Pemberian bantuan bertujuan untuk memudahkan urusan para pelajar meneruskan pembelajaran secara online dan yang memerlukan penggunaan komputer riba.

Selain itu, ia turut membantu meringankan beban ahli keluarga untuk tidak perlu membeli komputer riba atau laptop.

PERANTI BERKUALITI  DIBERIKAN

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan bahawa pemberian laptop yang diberkan adalah berkualiti tinggi dan bukannya cap ayam.

Terlebih dahulu, beliau turut menyatakan bahawa sebanyak 450,000 peranti djangkan akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

CARA MOHON BANTUAN LAPTOP DAN PELAN DATA PERCUMA

Untuk pengetahuan anda, semua pelajar IPT layak untuk membuat permohonan bantuan ini asalkan anda dalam kategori B40.
Berikut adalah cara permohonan bantuan :
  • Anda perlu pergi ke bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pusat pengajian anda
  • Ini untuk membuat semakan kelayakan sama ada anda berhak atau tidak menerima bantuan tersebut
  • Jika anda layak anda akan terima bantuan tersebut secara berperingkat

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan pelan data percuma dan Laptop telah mula dibuka bermula 
  • 15 April 2022 lepas. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *