Terkini : Kes COVID-19 Harian Cecah 4 Angka


Putrajaya, 24 Okt – Terdapat  1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat ke 25,742 kes

Daripada angka tersebut, Sabah mencatat kes positif tertinggi iaitu sebanyak 889 kes dikesan di mana 500 kes melibatkan kluster-kluster termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu.

Selain itu, 254 kes adalah daripada saringkan kontak-kontak rapat kes positif dan 136 kes lagi daripada lain-lain saringan.

Untuk info bagi negeri-negeri lain, daripada 1,228 kes

  • Selangor – 76 kes
  • Labuan – 21 kes
  • Sarawak – 8 kes
  • Johor – 7 kes
  • Melaka – 3 kes
  • Kuala Lumpur – 19 kes
  • Perak – 10 kes
  • Pulau Pinang – 23 kes
  • Kedah – 76 kes
  • Sabah – 889 kes



Manakala, sebanyak 671 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan angka kumulatif sembuh meningkat ke 16,555 kes bersamaan 64.3 %.

Daripada jumlah tersebut, 449 kes sembuh adalah di Sabah, 83 di Selangor serta 68 di Pulau Pinang.

Leave a Comment