Skip to content

‘Terpaksa beritahu mak, Surya meninggal sebab demam’ – Kata adik mangsa


“Saya harap orang yang menyebabkan kematian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal”, kata bapa kepada Allahyarhamah Siti Nur Surya, 19, yang ditemui meninggal dunia dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong semalam.

Beliau berkata, 58, berkata beliau sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan bagi membantu siasatan itu merupakan bekas rakan sekolah yang berkawan rapat dengan arwah.

“Dia (suspek) sering datang ke rumah, namun sejak beberapa bulan lepas agak jarang menemui kak (mangsa) di rumah. Saya benar-benar tidak sangka dengan kejadian yang menimpah,” katanya.

Dalam kejadian semalam mayat Siti Nur Surya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumah dan polis hari ini menahan seseorang suspek yang merupakan seorang pelajar perempuan tingkatan enam, rakan sebaya arwah.

Terpaksa Beritahu Mak, Kakak Meninggal Sebab Demam

Sementara itu, adik arwah Nor Liyana Syuhada berkata arwah merupakan seorang yang peramah serta periang apabila bersama keluarga dan mangsa kehilangannya amat dirasai oleh mereka sekeluarga.

“Kami memang berkongsi bilik yang sama tetapi sejak minggu lepas arwah sering tidur bersendirian di ruang tamu dan malam sebelum kejadian kakak sempat tidur bersama emak. Petang tadi kami terpaksa beritahu emak yang arwah meninggal dunia disebabkan demam kerana bimbang kejadian ini akan menjejaskan kesihatannya”, katanya yang kelihatan hiba.

Sementara itu, jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan kira-kira pukul 8:15 malam semalam di tanah perkuburan Kampung Beladau Selawat.

Salam takziah kepada anggota keluarga dan kenalan yang terdekat. Semoga si pelaku akan mendapat hukuman yang sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *