Ustaz Ebit Lew ziarah keluarga Allahyarhamah Siti Nur Surya


Pembunuhan kejam adik Siti Nur Surya begitu amat memilukan. Kes ini mendapat liputan yang sangat tinggi daripada seluruh rakyat Malaysia.


Walaupun tiada hubungan darah, tidak dapat kita bangkang bahawa pembunuhan ini meninggalkan luka serta kesan yang begitu dalam di hati rakyat Malaysia.

Tidak dapat kita bayangkan, perasaan anggota keluarga yang kehilangan Surya. Anak yang begitu berbakti kepada kedua orang tua. Sanggup menangguhkan pelajaran demi menjaga kesihatan ibunya yang menghidap penyakit kanser. 

Semoga kematian beliau mendapat husnul khotimah. 

Semalam, penceramah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew menziarahi keluarga mangsa di Hulu Terengganu.

Berikut merupakan ucapan beliau daripada Facebook rasmi.

Ayahnya datang dan terus peluk saya

“Sayu pilu hati sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.”



Arwah merupakan anak yang baik – Ayah mangsa

“Saya tak dapat lupa ustaz air mata asyik mengalir je cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan maknya sentiasa. Maknya kenal Ustaz. Katanya selalu tengok Ustaz walau dalam keadaan tak sihat.”



Beratnya ujian mereka

“Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob kehilangan Nabi Yusuf. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga”

Pembunuhan kejam adik Siti Nur Surya oleh sahabatnya sendiri amat memilukan. Antara orang yang patut dipercayai tetapi berlaku sebaliknya, Semoga kita dapat pengajaran daripada kes tersebut. Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa.

Leave a Comment