Amaun pembayaran untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 3 (Penerima lama)

 

Sedia maklum bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 akan mula dikreditkan pada 7 Mei sehingga 2021.

Pembayaran terbahagi kepada 2 kategori. Kategori pertama ialah penerima lama manakala kategori kedua ialah penerima baharu.


Penerima lama ialah penerima yang sudah menerima BPR Fasa 1.

Manakala penerima baharu bermaksud pemohon yang membuat permohonan sehingga Februari lalu dan telah lulus. Penerima baharu ini tidak mendapat bayaran pada Fasa 1. Oleh itu, jumlah pembayaran antara penerima lama dan baharu untuk fasa 2 adalah berbeza.

Pada penulisan kali ini, kami akan menerangkan jumlah baki pembayaran BPR Fasa 2 yang akan dibayar untuk Fasa 3 nanti.

Baki Pembayaran Untuk BPR Fasa 3 (Penerima Lama)
1) Isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah


  • 0-1 anak = RM 500, jumlah penuh bantuan RM 1,200
  • 2 dan ke atas anak = RM 1,100, jumlah penuh bantuan RM 1,800

2) Isi rumah berpendapatan RM 2,501 – RM 4,000
  • 0-1 anak = RM 200 jumlah penuh bantuan RM 800
  • 2 dan ke atas anak = RM 600,  jumlah penuh bantuan RM 1,200

3) Isi rumah berpendapatan RM 4,001 – RM 5,000
  •  0-1 jumlah anak = RM 100 jumlah penuh bantuan RM 500
  • 2 dan ke atas jumlah anak = RM200, jumlah penuh bantuan RM 750
  • Pemohon berumur 60 tahun ke atas (jumlah anak 0-1 orang) = RM 200, jumlah penuh bantuan RM 600

0 thoughts on “Amaun pembayaran untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 3 (Penerima lama)”

  1. Saya penerima gkp suami tak layak terima bpr saya pengeusaha runcit kampung2 pendapatan pun satu hari belum tentu ada suami kerja makanik tapi sekarang tidak layak terima bantuan di sebabkan gkp kalau tau tdkla d mohon..

    Reply
  2. Fasa 1 lulus tapi fasa2 tidak lulus alasan pasangan menerima gkp. Setahun tak meniaga (pkp1). Duit gkp , bpn itulah utk belanja rumah ,bil3 belanja anak3 di IPT. Alhamdulillah … 😣

    Reply
  3. Nama pemohon suami akaun bank osteri.suami dapat mesej kata lulus bpr.tp duit tak masuk pun.cek bpr online dalam proses pengkreditan.sampai sekarang duit tak masuk pun.

    Reply
  4. Sila pergi ke cawangan bsn..tunjuk ic ..mereka akn bg cash..x kisah sblm ni masa permohonan anda letak bank lain selain bsn..saya dah dpt cash

    Reply
  5. Fasa 1 lulus.. fasa 2 gagal alasan pasangan penerima gkp.. ssh nak komen apa da apa pun Alhamdullilah rezeki suami dpt kerja dlm keadaan negara terumbang ambing ni

    Reply
  6. Saya suri rumah..katanya tak dpt sbb gkp…suami saya kontraktor…skrgvtak boleh buat kerja sgt sbb pkp semakin ketat..saya bukan kerja mkn gaji😪
    Harap2 dpt lah rezeki kami

    Reply
  7. Kejam sungguh permainan Menteri2 ni yea..fasa 2 memang ramai yg xlulus..bukan x lulus tapi sengaja tidak diluluskan..dari mula BRIM saya lulus dan dari mula saya isi borang status masih sama..tetapi kali ini x lulus pulak…minta Pengesahan Status Perkahwinan..tak masuk akal betul…lps tu ckp semak silang dgn Jabatan2 lain sebelum luluskan permohonan..semenjak pkp1 dulu saya menggangur, dah 12 tahun saya menduda dan saya tinggal seorang…kalau semak silang dah tentu lulus…jelas sungguh sengaja x diluluskan…masa nak buat rayuan nnti kat Pejabat LHDN…saya akan tuntut kenapa permohonan saya tak lulus…bersiap sedia lah korang menjawap..

    Reply

Leave a Comment