Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Untuk Penerima Baharu

 

Definisi penerima baharu ialah penerima yang layak setelah membuat permohonan sehingga Februari 2021. Oleh itu, golongan penerima baharu ini tidak menerima pembayaran pada Fasa 1

Manakala penerima lama ialah penerima yang sudah menerima BPR Fasa 1.
Oleh itu, jumlah pembayaran antara penerima lama dan baharu untuk fasa 2 adalah berbeza.


Pembayaran turut telah dilaksanakan kepada penerima baharu pada awal Mei ini. Berikut jumlah pembayaran yang telah diterima oleh mereka.

Amaun Pembayaran Untuk BPR Fasa 2 (Penerima Lama)

1) Isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah

Mereka yang mempunyai 0-1 jumlah anak akan mendapat RM 400 pada fasa 2 ini. 

Begitu juga dengan isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas jumlah anak turut menerima bayaran RM 400 untuk fasa.

2) Isi rumah berpendapatan RM 2,501 – RM 4,000


Isi rumah yang memiliki 0-1 jumlah anak akan menerima bantuan BPR pada fasa 2 sebanyak RM 300.

Keluarga yang mempunyai 2 dan ke atas jumlah anak turut menerima sebanyak RM 300.

3) Isi rumah berpendapatan RM 4,001 – RM 5,000

Penerima yang mempunyai 0-1 jumlah anak akan menerima RM 100 termasuklah pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Manakala isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas jumlah anak, akan menerima RM 250 pada BPR Fasa 2.

4) Bujang

Pembayaran bagi Kategori Bujang telah dibayar sekaligus pada Fasa Dua. Pembayaran ialah sebanyak RM 350 seorang.

0 thoughts on “Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Untuk Penerima Baharu”

  1. Untuk BUJANG bayaran sekali je…kenapa pihak kerajaan Tidak berfikir BUJANG pun ada keluarganya…Saya berharap PM akan membantu untuk orang BUJANG….sama juga orang kurang berupaya….

    Reply
  2. Saya daftar bpr ketegeri bujang,sbb sy selama ini tidak pernah menerima bsh.so saya cuba mohan ketegeri bujang,alhamdulilah dpt rm350.tapi sbnar nya sy sudah berkhwin dan mempunyai ank 2.boleh ke sy mohon ketegeri kluarga.??info

    Reply

Leave a Comment