Apa Itu i-Lindung KWSP ? Insentif Yang Akan Dilancarkan

 

Disaat rakyat sedang menunggu pengumuman berkaitan pengeluaran one-off wang KWSP, KWSP baru sahaja mengumumkan skim terbaru yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

i-Lindung KWSP

i-Lindung merupakan kemudahan terbaru yang akan dilaksanakan oleh pihak KWSP pada tahun depan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin keperluan pada masa depan.

Menurut pengerusi KWSP, i-Lindung ialah 

  • pengeluaran wang daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP

TARIKH PELAKSANAAN

Menurut Ahmad Badri, i-Lindung akan dilaksanakan pada suku pertama 2022. Tiada tarikh dan bulan rasmi diumumkan setakat ini.

CARA PERMOHONAN

Tidak dinyatakan setakat ini. Sebarang informasi mengenai permohonan i-Lindung akan dikemas kini dari masa ke masa.

i-Sayang KWSP

Untuk pengetahuan anda, selain daripada i-Lindung, KWSP turut bakal melancarkan skim terbaru yang dinamakan i-Sayang.
Skim ini ialah berbentuk
  • kemudahan pemindahan sukarela 2% caruman KWSP kepada akaun isteri.

0 thoughts on “Apa Itu i-Lindung KWSP ? Insentif Yang Akan Dilancarkan”

  1. Tak payah lah buat rakyat susah…keluarkan saja wang simpanan kwsp rakyat rm10k tu..kerajaan tak perlu sekat pengaluaran kwsp kami..tak payah lah cekap ini itu…sebab bukan semua rakyat layak untuk memohon bantuan yg di janjikan oleh kerajaan..tolong la dengar permohonan kami

    Reply

Leave a Comment