Pengeluaran i-Citra KWSP RM 10,000 Akan Diperhalusi

 

i-CITRA KWSP

Sedia maklum bahawa pembayaran i-Citra akan berakhir pada bulan Disember. Setelah 5 bulan ia dilaksanakan, kini tiada pembayaran akan dilakukan lagi.

Rakyat sangat berharap agar Kerajaan menyambung pengeluaran i-Citra ini bagi tahun hadapan.

Selain itu, rakyat turut terus memperjuangkan pengeluaran one-off wang KWSP sebanyak RM 10,000 yang sehingga hari ini tiada khabar mengenainya.

PERDANA MENTERI BINCANG BERSAMA MENTERI KEWANGAN

Ini merupakan berita baik kepada rakyat. Menurut daripada sumber yang sangat telus iaitu Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, isu pengeluaran i-Citra KWSP RM 10,000 bakal dibincang dan diperhalusi Perdana Menteri bersama Menteri Kewangan.


Beliau turut menyatakan bahawa perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


PERKARA YANG DBINCANGKAN

Berikut merupakan perkara yang dibincangkan di antara Ketua Pemuda UMNO dan Perdana Menteri.

Asyraf berkata, beliau menjelaskan isu berkenaan kepada Ismail mengenai situasi orang ramai yang kini berada dalam keadaan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan selepas 
  • dibuang kerja, 
  • pemotongan gaji, 
  • cuti tanpa gaji serta 
  • hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.
Asyraf turut menjelaskan bahawa pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Beliau turut mencadadngkan agar pengeluaran diberi pilihan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Asyraf, Perdana Menteri turut menyatakan kepada dia yang Perdana Menteri akan berbincang dan membawa perkara ini keapada Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan.

Leave a Comment