Bantuan Awal Persekolahan RM 100

 

Bermula 2012 pada setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah serta menengah.


Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


Bantuan yang mula diperkenalkan mulai 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Kadar Bantuan 

Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah RM 100 bagi setiap orang. Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off sahaja.

Oleh itu, jika anda memiliki 4 orang anak dan menetapi syarat kelayakan yang dikenakan, anda bakal menerima RM 400 bagi 4 orang anak.

Syarat Kelayakan


Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
  1. Pendapatan kasar bulanan isi rumah / ibu bapa murid hanyalah RM 3,000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa.
  2. Murid haruslah warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan oleh JPN)
  3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)
Bantuan Ini Diberikan Kepada Anak-Anak Yang Bersekolah Kerajaan Dari :

Sekolah Rendah 
  • Darjah 1
  • Darjah 2
  • Darjah 3
  • Darjah 4
  • Darjah 5
  • Darjah 6
Sekolah Menengah
  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
Cara Memohon BAP

Ibu bapa atau murid tidak perlu membuat permohonan ini kerana pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak.

Murid yang layak akan menerima borang dan ibu bapa perlu isi. Pembayaran akan terus dikreditkan terus ke akaun penerima atau secara tunai.

PERHATIAN !

Kepada ibu bapa yang merasakan anak mereka layak menerima bantuan BAP tetapi tiada dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, anda perlu rujuk kepada guru kelas atau pihak sekolah.

0 thoughts on “Bantuan Awal Persekolahan RM 100”

  1. Terima ksh atas info…terima ksh juga kepada kerajaan atas bantuan yg diberi..diharap bantuan ini dpt membantu golongan berpendapatan rendah..

    Reply

Leave a Comment