Cara Semak Serta Tebus BPN 2.0 Bagi Penerima Fasa 2 Dan Baru

Panduan ini adalah untuk penerima BPN 2.0 fasa 2 atau penerima baharu yang gagal dikreditkan ke akaun bank atau yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran.

Untuk pengetahuan anda, terdapat segelintir penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran BPN 2.0 serta terdapat penerima yang gagal menerima bayaran walaupun memiliki akaum bank.

Peringatan : Anda perlu membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke mana-mana cawangan BSN untuk menerima pembayaran tunai.

Nombor Baucar/Siri BPN 2.0

Nombor baucar ini adalah kepada sesiapa yang tidak memiliki mana-mana akaun bank untuk menerima bayaran. Selain itu, ia juga kepada penerima yang gagal kredit ke akaun bank untuk menerima pembayaran.

Oleh itu, anda boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara Semakan Nombor Baucar/Siri

  1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan CAPTCHA. Klik ‘SEMAK’
  3. Anda perlu putarkan skrin secara melintang (rotate screen) atau aktifkan desktop site di bahagian settings Chrome / Opera Mini / Safari dan lain-lain sekiranya cara putarkan skrin tidak berjaya. 
  4. Nombor baucar/siri akan dinyatakan di kolum ‘Nombor Siri’
  5. Nombor Siri akan dipaparkan.

Contoh Nombor Baucar/Siri

Cara Penebusan

  • Penerima boleh hadir ke kaunter  BSN setelah nombor siri wujud pada paparan MAKLUMAT PEMBAYARAN (seperti contoh di atas).
  • Anda boleh menerima pembayaran tunai bermula 25 October (Isnin) 2020.
  • Pembayaran tunai boleh dibuat dengan membawa Kad Pengenalan dan Nombor Siri.

Waktu Operasi Kaunter BSN 

0 thoughts on “Cara Semak Serta Tebus BPN 2.0 Bagi Penerima Fasa 2 Dan Baru”

  1. Sya p8n xde keluar no baucer…lgi mohon dipercepatkan lgi lh pengeluaran no baucer bpn sbb belanja seharian dah x de…apa lgi Sya ibu tunggal…hrpkn bantuan Jee…

    Reply
  2. YaALLAH…YaRAHMAN…YaRAHIM….engkau pemilik alam ini….YaTUHAN kami,kami memohon…jangan Engkau sasarkan malapetaka kepada kami,sesungguhnya Engkau tahu kami lemah….maaf kan kami yang selalu melakukan kesilapan…..YaALLAH YaTUHAN Kami….mohonku ini terlalu amat lah berat,kau beri pengajaran kepada mereka2 yg telah berniat dari hatinya yg menginginkan kami susah,yang tulus hatinya mahu menyusahkan hidup kami….yaALLAH kami mohon,jika benar doa kami ini sampai kepadaMU……jgn lah Engkau beri mereka rs kesusahan terlampau,yang mcm mn mereka beri kami rs kesakitan itu….hanya sedikit bt pengajaran bg mereka yg kufur terhadapMU….😥

    Reply

Leave a Comment