Bantuan BINGKAS RM 300 Sebulan

 

Kerajaan Selangor telah memperuntukkan sebuah bantuan kepada setiap keluarga yang layak pada tahun 2022 nanti.

Ia bertujuan untuk membantu serta ringankan beban setiap penerima yang layak termasuk ibu tunggal.

BANTUAN BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS merupakan sebuah bantuan yang diumumkan pada Belanjawan 2022 Negeri Selangor.

Untuk BINGKAS, Kerajaan Selangor telah memperuntukkan RM 108 juta bagi membantu 30,000 isi rumah atau keluarga termasuk ibu tunggal yang layak.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah keseluruhan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangar (BINGKAS) ialah
  • RM 3600 setahun dan
  • akan dibayar sebanyak RM 300 sebulan

TARIKH PEMBAYARAN

Mengikut daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bantuan tersebut akan diagihkan bermula
  • Februari 2021 depan

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan BINGKAS
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Pendapatan isi rumah bawah RM 2,000 sebulan
  • Syarat lain akan di kemas kini dari masa ke masa

TARIKH PERMOHONAN

Belum dinyatakan setakat ini. Kami akan kemas kini dari masa ke masa jika sebarang terdapat informasi terbaru mengenai tarikh permohonan BINGKAS

CARA PERMOHONAN

Turut tidak dinyatakan setakat ini. Sebarang info terbaru berkaitan panduan permohonan akan di kemas kini.

Leave a Comment