KWSP Sedia Berikan Bantuan Berjumlah RM 10 Juta

Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri yang terjejas sehingga hari ini. Begitu juga dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikatakan turut akan memberi bantuan seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan.

PEMBERIAN BANTUAN OLEH PIHAK KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bakal memperuntukkan bantuan berjumlah 
  • RM 10 JUTA
bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewanga iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

KENYATAAN PIHAK KWSP

Kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad oleh pihak KWSP mengatakan bahawa bantuan akan disalurkan melalui
  • pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak balas terhadap bencana dengan kerjasama Syarikat GLC
  • serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN).

INISIATIF TAMBAHAN

Sebagai tambahan kepada komitmen kewangan, KWSP akan menawaran penggunaan Kampus Pembelajaran KWSP (ELC) di Bangi yang menyediakan 152 bilik dengan kemudah penuh.

Mereka yang telah dipindahkan berikutan banjir serta perkhidmatan kecemasan yang telah bertindak balas terhadap krisis ini.

Selain itu, sebagai tanda sokongan dan solidariti, WARGA KWSP turut sedang mengumpul dana melalui Program Kongsi Rezeki KWSP bagi membantu mangsa banjir selain menggerakkan sumber di cawangan KWSP di seluruh negara untuk memastikan kesinambungan perniagaan di kawasan yang terjejas.

Leave a Comment