Bantuan Khas Kewangan RM 350 Dan RM 700

 

Pada 29 Oktober 2021 lepas, Kerajaan melalui Menteri Kewangan telah  membentangkan Bajet 2022 untuk perbelanjaan kerajaan pada tahun hadapan.

Dengan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, sudah tentu bajet kali ini amat menitikberatkan semua pihak. 

Untuk pengetahuan anda, Bajet 2022 adalah bajet tertinggi dalam sejarah negara. Dengan memfokuskan 3 M iaitu 
  • Memulih kehidupan
  • Membina semula daya tahan
  • Memankin pembaharuan
sebagai langkah yang semua pihak mampu dapat. Tambahan lagi, situasi negara yang dalam fasa pemulihan pandemik.

BANTUAN RM 350 DAN RM 700 PADA 2022

Kerajaan telah mengmumkan untuk memberikan beberapa insentif kepada rakyat.

Salah satu insentif kerajaan ialah dengan memberi bantuan berjumlah RM 350 dan RM 700 kepada yang layak.

Pembayaran bantuan ini adalah secara 
  • one-off sahaja

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan. Untuk pengetahuan anda, tidak semua bakal menerima bantuan ini.


Bantuan Khas Kewangan ini akan diberikan kepada
  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah dan
  • Pesara Kerajaan
Manakala untuk jumlah bantuan, RM 500 bakal dinikmati oleh Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah. Dianggarkan sebanyak RM 1.3 juta penjawat awam bakal menerima bantuan ini.

Seterusnya, bantuan RM 350 boleh dinikmati oleh sejuta pesara kerajaan seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan.

BANTUAN KHAS DIBERIKAN

Menurut Menteri Kewanagan, pemberian bantuan ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

“Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh mencabar ini, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas kepada 1.3 juta penjawat awm Greed 56 dan ke bawah sebanyak RM 700 dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM 350 ringgit dengan implikasi Kewangan sebanyak RM 1.3 bilion ringgit” katanya.

“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi” jelas beliau

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 

Tiada kenyataan terkini mengenai pembayaran bantuan khas diatas. Dianggarkan paling awal untuk penjawat awam dan pesara kerajaan menerima bantuan ini ialah pada
Januari 2022 nanti.

CARA PERMOHONAN

Permohonan tidak dibuka. Pembayaran adalah secara terus ke akaun bank penjawat awam dan pesara yang layak.

Sebarang informasi mengenai bantuan ini akan sentiasa kami kemaskini.

0 thoughts on “Bantuan Khas Kewangan RM 350 Dan RM 700”

Leave a Comment