BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenalkan semasa pembentangan Bajet 2022 26 Oktober lepas.
BKM ini bakal menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperkenalkan pada Bajet 2021 lalu. Penggantian ini berlaku kerana terdapat penambahan jumlah bantuan untuk BKM ini.
Hal ini kerana kerajaan sedia maklum akan beban yang dihadapi oleh rakyat lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik ini.
Untuk pengetahuan pembaca, pemberian bantuan ini terbuka kepada beberapa golongan yang berpendapatan rendah seperti kategori miskin tegar, B40 dan M40. Isi rumah atau bujang boleh menerima bantuan ini sekiranya layak.
JUMLAH BANTUAN BKM 2022
Pemberian BKM 2022 sudah tentu akan tinggi berbanding BPR 2021. Mari kita bandingkan jumlah bantuan di antara kedua-dua jenis bantuan di atas .
KATEGORI 1
1. BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
- Diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang memiliki 0-1 orang anak
- Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan lebih
2. BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022
- Diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- Bantuan berjumlah RM 1,000 bagi yang belum memiliki anak
- Bantuan berjumlah RM 1,500 bagi yang memiliki 1-2 orang anak
- Bantuan berjumlah RM 2,000 bagi isi rumah yang memiliki 3 orang anak dan lebih
KATEGORI 2
1. BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
- Bantuan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 2,501 sehingga RM 4,000
- Bantuan berjumlah RM 800 bagi memiliki 0-1 orang anak
- Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang memiliki 2 orang anak dan lebih
2. BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
- Bantuan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
- Bantuan berjumlah RM 400 bagi yang belum mempunyai anak
- Bantuan berjumlah RM 600 bagi yang mempunyai 1-2 orang anak
- Bantuan berjumlah RM 800 untuk yang memiliki 3 orang anak dan lebih
KATEGORI BUJANG
1. BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) dan BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022
- Bantuan RM 350 diberikan kepada bujang yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah
SYARAT KELAYAKAN BKM 2022
Berikut ialah syarat kelayakan terkini untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) :
1. Kategori Isi Rumah
- Sudah berkahwin
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak
- Pendapatan di bawah RM 5,000 sebulan
2. Kategori Bujang
- Bujang belum berkahwin
- Ibu atau bapa tunggal / janda / duda / balu yang tidak mempunyai anak
- berumur di antara 21 sehingga 59 tahun
- Berpendapatan kurang daripada RM 2,500 sebulan
TARIK KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM
Setakat ini, tiada tarikh rasmi berkenaan kemaskini dan permohonan baru BKM. Kami akan kemaskini dari masa ke masa.
Tarikh kemaskini dan permohonan baru BKM boleh dilaksankaan seawal Januari 2022 sahaja.
PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Data penerima BPR 2021,data penerima BKC B40 serta data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk verifikasi kelayakan BKM.
Permohonan baru BKM perlu dibuat sekiranya anda tidak mempunya / tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda hanya perlu membuat pengemaskinian sahaja.