Bantuan RM 180 Untuk Anda Langgan Internet Atau Beli Telefon Baru

 

Pada pembentangan Belanjawan 2021 lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM 1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat.

2021 ternyata memahami keperluangan golongan muda atau belia yang memainkan peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna mengadaptasi teknologi terkini.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM 180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.
Bantuan ini boleh digunakan sebagai perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.


Syarat Kelayakan

Hanya golongan yang diiktiraf sebagai B40 sahaja akan menerima bantuan ini. Data akan diperolehi sama ada anda B40 atau tidak melalui penerimaan BPN atau BSH lalu.


Cara Permohonan

Tiada permohonan khusus diperlukan setakat ini. Bantuan akan diperolehi suku pertama 2021 iaitu pada Januari sehingga Mac.

Info berkaitan permohonan ini, akan kami update dari masa ke masa.

0 thoughts on “Bantuan RM 180 Untuk Anda Langgan Internet Atau Beli Telefon Baru”

  1. saya nak keluaran kwsp untuk akaun 1.. sebab nye saya isteri kedua tak dapat bantuan BPN gagal kerana duplikasi pemohon.. sedangkan isteri pertama kerja kerajaan, benefit banyak.. saya tak bekerja suami hanya pemandu teksi.. dan duit bantuan di salurkan ke akaun isteri bukan akaun suami jadi perbelanjaan rumah isteri yang uruskan.. keluarga lain2 tak sama.. jadi akaun 1 tak perlu bersasar.. kerana isteri kedua tiada pendapatan sebab tak bekerja.. harap di pertimbangkan untuk isteri kedua .. kalau semua b40 sahaja yg layak macam mana pula untuk isteri kedua..

    Reply

Leave a Comment