Bantuan BPR 2021 Berjumlah Sehingga RM 1,800

 

Terrdapat satu insentif lama yang telah diubahsuai yang mampu membuat anda sedikit tersenyum.

Insentif tersebut adalah, pengubahan nama Bantuan Sara Hidup (BSH) ke Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Pengubahan nama juga ditambah baik dengam jumlah bantuan yang semakin bertambah.

Kadar umur bagi kategori bujang turut semakin menurun.

Perbandingan Kadar Bayaran Antara BSH dan BPR

Kategori 1

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,000 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 1,100 + RM 120/ satu anak
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori 2

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,0001 hingga RM 3,000
  • Bantuan berjumlah RM 850 + RM 120/ satu anak
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000
  • Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori 3

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM 3,001 hingga RM 4,000
  • Bantuan berjumlah RM 600 + RM 120/ satu anak
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000
  • Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori Bujang


1. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Diberikan kepada bujang yang melebihi 40 tahun
  • Berpendapatan kurang daripada RM 2,000
  • Bantuan berjumlah RM 300
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Bantuan berjumlah RM 350

0 thoughts on “Bantuan BPR 2021 Berjumlah Sehingga RM 1,800”

  1. sy sdh bcerai….bpr atas nama bekas suami & duit bsh,bpn sbelum ni masuk dlm akaun bekas suami…anak2 5orang semua dalam jagaan sy..apakah sy layak memohon?…dan apa patut sy buat..mohon pnjelasan

    Reply

Leave a Comment