Bantuan Tambahan BKM Berjumlah RM 500

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan.

Ia merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat untuk meringankan beban hidup.

BKM

BKM ialah bantuan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Sama juga dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Keempat-empat bantuan ini boleh dikatakan sama tetapi perbezaan nama, pihak kerajaan dan jumlah bantuan yang diberikan.

Bermula tahun 2022, BKM ialah satu bantuan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat yang memerlukan.

BANTUAN TAMBAHAN BKM

Terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ini bermaksud rakyat yang layak BKM turut akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya kelayakan bersesuaian.
Beruntunglah kepada rakyat yang menerima BKM dan bantuan tambahan BKM. Tetapi gunalah wang tersebut dengan berhemah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan untuk menerima BANTUAN TAMBAHAN BKM, sila baca dengan teliti :
  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
Bantuan tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut :
  • Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau
  • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas

JUMLAH BANTUAN

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah 
  • RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM adalah seperti berikut :
  • Bantuan tambahan berjumlah RM 500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat
  • Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH KESELURUHAN

Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
  • RM 2,500

TARIKH BAYARAN

Setakat ini tiada pemaklumkan dikeluarkan oleh pihak kerajaan berkenaan tarikh bayaran bantuan tambahan BKM.

Dijangkakan bahawa bantuan tambahan ini akan dibayar bersama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada bulan Mac nanti.

Tetapi sebarang maklumat tambahan berkenaan bantuan ini akan di kemas kini dari masa ke masa.

Leave a Comment