BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah sebuah bantuan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2022 ini.
BKM adalah sebuah bantuan yang bersasarkan kepada golongan yang berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah perincian mengenai syarat kelayakan yang diperlukan untuk BKM 2022 :
1. Kategori Isi Rumah
- Berkahwin atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak dan
- Pendapatan sebulan haruslah RM 5,000 dan ke bawah
2. Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan sebulan RM 5,000 dan ke bawah
3. Kategori Bujang
- Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Berumur di antara 21 sehingga 59 tahun
- Pendapatan sebulan ialah RM 2,500 dan ke bawah
JUMLAH BANTUAN
Berikut ialah jumlah bantuan akan diterima :
1. Kategori Isi Rumah
Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- RM 1,000 untuk yang belum mempunyai anak
- RM 1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
- RM 2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Pendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
- RM 400 untuk yang belum mempunyai anak
- RM 600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
- RM 800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
2. Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
Pendapatan RM 5,000 dan ke bawah
- Bantuan terkumpul berjumlah RM 600
3. Kategori Bujang
Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- Bantuan terkumpul berjumlah RM 350
FASA PEMBAYARAN
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia dilaksanakan
- 4 kali setahun
Ia bermakna BKM akan mempunyai 4 fasa berbanding kepada BPR yang hanya 3 fasa pembayaran.
TARIKH BAYARAN BKM FASA 1
Buat masa sekarang, tiada pengumuman dibuat berkenaan tarikh pembayaran atau bulan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1.
Dijangkakan pembayaran BKM Fasa 1 akan bermula sebelum suku kedua tahun 2022. Sebarang informasi mengenai perkara ini akan kamu kemas kini dari masa ke masa.
Tarikh nya mnaπ
Saya BLM dpt
Mcm mne nk semak…banyak iklan drpd info….tolong jgn penuhkn iklan dr info…mengelirukn
Kurang tepatlh klau setiap org tu detiap 1 ic tu barulh adil smua tiada lh yg tersisir tdk kna bantu sbab bkn smua org ni brpakat ada bnyk org ska pentingkn diri deorang ja lpas tu anak bini tdk dpt bantuan sbab penerima suami yg x jujur
xda respon
Bila tarih nya??
Bila bkm dapat ya