Sebuah bantuan tunai berjumlah RM 350 bakal dikreditkan pada bulan ini kepada individu yang layak. Semak di bawah.
BANTUAN TUNAI RM 350
Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Am Negeri. Bantuan ini merupakan sebuah bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan ini berbeza daripada bantuan-bantuan lainnya seperti bantuan kanak-kanak, orang tua dan Orang Kurang Upaya (OKU).
OBJEKTIF BANTUAN
Diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
JUMLAH BANTUAN
Berikut adalah jumlah bantuan yang diteapkan :
- Bantuan minimum RM 100 seorang manakala maksimum RM 350 bagi 1 keluarga
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di WP Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Tidak menerima mana-mana bantuan bulanan di bawah JKM
- Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan.
CARA PERMOHONAN
Sekiranya anda mempunyai kelayakan yang diminta di atas dan ingin membuat permohonan atau pertanyaan lanjut anda boleh hadir ke mana-mana cawangan atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran dengan anda.