Golongan bujang boleh dikatakan sangat didahulukan oleh kerajaan. Kita boleh lihat melalui Bajet 2022, pelbagai insentif kepada golongan bujang pada tahun 2022 ini termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia.
Berikut ialah semakan status dan tarikh bayaran BKM Bujang 2022.
PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BKM
Permohonan dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia telah ditutup pada penghujung Januari lalu iaitu 31 Januari 2022.
Untuk membuat semakan status, anda boleh terus rujuk ke laman web rasmi BKM 2022 : bkm.hasil.gov.my
JUMLAH BANTUAN
Untuk jumlah maksimum Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah RM 2,500 (untuk isi rumah sahaja) termasuk Bantuan Tambahan
Manakala, jumlah pembayaran untuk BKM Bujang adalah berbeza seperti berikut :
1. Bujang Dan Berpendapatan RM 2,500 dan bawah
- Bantuan berjumlah RM 350
2. Warga Emas Dan Tiada Pasangan (Duda, Balu, Janda tiada anak) Berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah
- Bantuan berjumlah RM 600
3. Kategori Ibu Atau Bapa Tunggal yang mempunyai anak (Bantuan Tambahan)
- Bantuan berjumlah RM 500
TARIKH BAYARAN
Bayaran BKM dibuat sebanyak 4 kali setahun untuk 2022. Pembayaran pertama dijangkakan dibuat pada Mac 2022. Tetapi, belum ada perincian terkini untuk pembayaran Mac setakat ini.
KAEDAH BAYARAN
Berikut adalah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :
1. Mempunyai Akaun Bank Dan Berjaya Kredit
- Pembayaran dikreditkan ke akaun bank terkini yang sudah didaftar
2. Mempunyai Akaun Bank Tetapi Gagal Kredit
- Tebus atau tuntut secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan
3. Tiada Akaun Bank
- Tuntutan tunai di cawangan BSN berdekatan
Percepatkan bantuan laa bosku.geng bujang yang tak punya kerja sekarang ni ramai yang tiada duit berlanja bosku
Geng bujang