BLKM: Bantuan Lesen Keluarga Malaysia

 

Bantuan Lesen Yang Ramai Orang Tidak Tahu

BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhasskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Progran Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri, pelaksasnaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan kelas B2.

DISKAUN BAYARAN LESEN

Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak
  • RM 250 seorang
dengan menghadiri kursus singkat.
Bayaran ini jauh lebih murah berbandung kos sebenar yang biasanya berjumlah RM 750 seorang.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut : 
  • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tiada kecacatan fizikal
  • Tidak disenarai hitam JPJ atau polis
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Tiada kenyataan dikeluarkan setakat ini berhubung dengan tarikh dan cara permohonan BLKM ini. Sebarang info berkaitan akan di kemaskini dari masa ke masa.
Setakat ini, pemilihan calon yang layak menerima bantuan ini adalah terdiri daripada senarai penerima bantuan e-Kasih.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Rasmi MOT Malaysia.
Selain itu, rujuk pada
  • Laman Rasmi  – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • E-mel – aduantrafik@jpj.gov.my
  • 03-8000-8000
  • Media sosial Facebook JPJ

Leave a Comment