JUMLAH BAYARAN BKM FASA 3 DAN 4 MUNGKIN AKAN DITAMBAH

 

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 3 DAN 4 MUNGKIN AKAN DITAMBAH

Kerajaan memberi bayaran akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga abrang dalam negara masih berlarutan.

JUMLAH BANTUAN AKAN DITAMBAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.

“Bantuan BKM RM 2,600 siapa nak bagi ? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM 2,000. Kita sekarang bagi RM 2,600.

“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.

Beliau brkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di Litar Dato Sagor, pada Ahad.

BAYARAN BKM FASA 2 TELAH BERMULA

Tetapi, bermula 6 petang tadi terdapat beberapa individu telah menerima bayaran BKM Fasa 2. Khususnya, pembayaran diberikan kepada pemegang akaun bank BSN.

Dijangkakan proses pengkreditan akan menjadi semakin cepat setelah pukul 6 petang ini. Di mana pihak kerajaan akan memberi keutamaan kepada pemegang bank BSN terlebih dahulu.

OBJEKTIF BANTUAN

Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.

SEMAKAN STATUS BKM FASA 2

Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM

Leave a Comment