BPR Fasa 3 : Tarikh Pembayaran dan Jumlah Bayaran

 

BPR Fasa 3 merupakan fasa terakhir untuk pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah diperkenalkan pada Belanjawan 2021.
BPR Fasa 1,2 dan BPR tambahan telah dilaksanakan dan dikreditkan ke akaun penerima masing-masing.
BPR

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan serta sebagai pengganti kepada Bantuan Sara Hidup (BSH).
Selain BPR, pada 2021 Kerajaan turut memperkenal Bantuan Khas Covid (BKC) yang akan mula dibayar pada Ogos ini.
Tarikh Pembayaran Fasa 3


Mesti ramai penerima yang bertanya-tanya mengenai tarikh sebenar pembayaran BPR Fasa 3. Oleh itu, kami ada jawapannya.
Seperti yang dijadualkan, pembayaran BPR Fasa 3 akan dilaksanakan setelah bayaran pertama BKC iaitu pada Ogos ini.
Oleh itu, dijangkakan bahawa pembayaran BPR Fasa 3 akan bermula pada 
  • September 2021
JUMLAH BAYARAN

Berapa jumlah amaun yang bakal anda perolehi pada BPR Fasa 3 ? Untuk Fasa 3, dukacita diumumkan bahawa pembayaran kepada golongan bujang ialah
  • TIADA
  • Hal ini kerana, golongan bujang telah dapat bayaran sepenuhnya berjumlah RM 350 pada BPR Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut merupakan jumlah pembayaran kepada golongan isi rumah :
1) Pendapatan Isi Rumah < RM 2,500
  • 0-1 orang anak : RM 500
  • 2 orang anak dan ke atas : RM 1,100
2) Pendapatan Isi Rumah RM 2,501 – RM 4,000
  • 0-1 orang anak : RM 200
  • 2 orang anak dan ke atas : RM 600
3) Pendapatan Isi Rumah RM 4,001 – RM 5,000
  • Pemohon 60 tahun ke atas ( 0-1 orang anak) : RM 200
  • 0-1 orang anak : RM 100
  • 2 orang anak dan ke atas : RM 200
NOTA PENTING !

Jadual pembayaran di atas adalah untuk penerima lama BPR. Tetapi jika anda merupakan penerima rayuan BPR, jumlah yang berbeza bakal diterima. 

0 thoughts on “BPR Fasa 3 : Tarikh Pembayaran dan Jumlah Bayaran”

  1. Kenapa bujang tak dpt isi rumah dpt .. tak adil la bagi la saksama .. yg bujang ni pon ade gak benda nk kena bayar macam sewa rumah , kereta , api air , bagi mak lagi .. macam tak adil bujang tiba2 tak dpt dah lock down lama sampai gaji pon tak dpt ..

    Reply
  2. Saya sudah memohon bpr pada bulan mei tahun ini dan lulus ketegori bujang tapi belum mndpat pmbyaran..jdi prtnyaan saya, bila saya akan mendapat pembayaran ini?

    Reply
  3. Ya betul…mcm lah bujang ni hidup senang lenang
    Kerja pun xde lagi nk bayar motor,sewa rumah,bil api dan air,mkn minum lagi..nk beli pad pun xde duit tau tak kerajaan ni entah apa ada dlm kepala dia orang.

    Reply

Leave a Comment