Makluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun yang berhasrat untuk menddaftarkan mereka ke prasekolah KPM pada 2022, kini anda boleh membuat permohonan atau semakan secara online melalui portal rasmi KPM.
Tarikh Permohonan ePrasekolah
Permohonan kemasukan ke prasekolah untuk tahun 2022 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dibuka secara dalam talian pada
- 1 Mac hingga 31 Mei lepas
Syarat Kelayakan Kemasukan ke Prasekolah
Antara syarat kelayakan ialah
- Kanak-kanak adalah warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk membuat permohonan.
Semak Keputusan Permohonan
Untuk pengetahuan anda, semakan keputusan permohonan sudah dibuka bermula
- 5 Ogos lalu
Untuk membuat semakan, anda harus melayari portal rasmi ePrasekolah di
- https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan sahaja.
Keputusan Tidak Layak ?
Sekiranya setelah semakan dibuat, dipaparkan bahawa anak anda tidak berjaya atau tidak layak. Para ibu bapa boleh membuat permohonan rayuan.
- Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa / penjaga melalui laman E-Prasekolah.
- Bagi permohonan secara manual, rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah, institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.
Terima kasih.