Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP Berdekatan Anda

 

Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP

Untuk makluman, i-Akaun dapat membantu memudahkan ahli KWSP untuk menyertai sebarang tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP termasuklah cara daftar i-Akaun melalui Kiosk KWSP berdekatan.

i-AKAUN KWSP

Manakala i-Akaun adalah untuk memudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register i-Akaun.

Kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP 
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman
  • Transaksi caruman KWSP terkini

SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR I-AKAUN

Anda haruslah memenuhi syarat kelayakan di bawah untuk dibenarkan membuat i-Akaun KWSP
  • Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
  • Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

CARA DAFTAR I-AKAUN MELALUI KIOSK

Berikut adalah cara daftar :
  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, imbas cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon pendaftar oleh pihak KWSP.
  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan imbas cap jari sekali lagi.
  • Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2 dan baki keseluruhan.
  • Sila muat turun aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda melalui Play Store bagi Android atau App Store bagi pengguna Ios.
  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi daripada kiosk.
  • Sila masukkan nombor ID dan kata laluan baru untuk memudahkan anda.
  • Pendaftar i-Akaun berjaya.

SEMAKAN LOKASI KIOSK BERDEKATAN

  1. Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/
  2. Tekan bahagian “Hubungi Kami / Reach Us” dan klik di paparan “Pejabat dan Kios / Offices and Kiosks”
  3. Pilih negeri mana yang anda sedang duduki, pilih “Pihak Ketiga Kios” di bahagian Jenis dan Klik Carian.
  4. Senarai kiosk yang anda cari terpapar.

0 thoughts on “Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP Berdekatan Anda”

Leave a Comment