Permohonan Skim Perumahan MyHome Serta Bantuan Sehingga RM 30,000

Permohonan Skim Perumahan MyHome Serta Bantuan Sehingga RM 30,000


Terdapat berita baik kepada anda yang sedang bekerja dalam sektor swasta, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama melalui Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali skim MyHome.


Skim ini merupakan insentif atau bantuan yang bernilai sehingga RM 30,000 untuk setiap unit rumah yang mahu dibeli.

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) Serta Bantuan Sehingga RM 30,000


Skim ini telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib pada perbentengan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Pembinaan lebih banyak rumah mampu milik dikalangan sektor swasta merupakan objektif kerajaan mewujudkan skim perumahan ini.

Pada tahun 2015, kerajaan Barisan Nasional telah mengeluarkan peruntukkan berjumlah RM 300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Skim Perumahan MyHome

Skim ini telah dibuka pada 20 Januari 2020 lalu



Syarat Kelayakan Skim MyHome 


Anda boleh rujuk maklumat di bawah yang menerangkan tentang syarat kelayakan yang dikenakan untuk membuat permohonan skim perumahan di atas :

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Membuat permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah
  • Calon yang memohon hendaklah mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2

Anda haruslah membuat permohonan di atas mengikut syarat kelayakan dikenakan kerana setiap permohonan akan disemak oleh Pegawai Atas Tertinggi JPN, KPKT dan Kementerian Kewangan / Kerajaan Negeri / Wakil Bahagian Dasar KPKT / Wakil Pemaju Perumahan.

Ciri-Ciri Rumah MyHome 


Ciri-ciri rumah yang dibina adalah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Berikut dikongsikan antara ciri rumah MyHome

Skim Perumahan MyHome

Cara Membuat Permohonan

Setiap permohonan yang dilakukan haruslah disertakan beberapa dokumen sokongan seperti :
  • Salinan kad pengenalan pemohonan dan pasangan (jika berkahwin)
  • Salinan surat nikah (jika berkahwin)
  • Salinan kad OKU / Surat pengesahan OKU (jika berkenaan)
  • Salinan surat akaun sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru 
  • Salinan penyata KWSP atau cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (jika berpencen)
  • Salinan sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Semua dokumen haruslah dimuat naik ke sistem MyHome :

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor berikut 03-8891 4027/ 4054/ 4055/ 4062/ (Pejabat KPTKT)

Terima Kasih.


0 thoughts on “Permohonan Skim Perumahan MyHome Serta Bantuan Sehingga RM 30,000”

  1. Salam, Sy mohon rumah teres kos rendah mampu milik, saya tiada rumah sendiri, anak2 sudah membesar mohon bantuan agar kami dpt perolehi kediaman kami sekeluarga seperti yg di pohon.. sekian. Terima kasih.

    Reply
  2. Suami dah beli 1 rumah.tapi dah d jual.jadi kami boleh mohon ke tuk rumah mampu milik ni lagi.ada kah ni layak tuk yg masih brkhimat atau yg bersara pun boleh tuk memohon?

    Reply
  3. Sy nk ada umh sndiri, dh 13thn menumpang rumah mentua, mak ayah sy ada tanah kt kmpg, sy nk blik duk sna…. Klau ada bntuan perumahan,. Mcm2 mnta, tlong la permudahkan urusan utk dpt rumah

    Reply
  4. Bantulah saya dan suami untuk dapat rumah sendiri..dah 10tahun menumpang rumah mertua..mohon rumah mampu milik dah masuk tahun ke6..masih tak ada jawapan..mohon pihak kerajaan dapat membantu kami ..

    Reply

Leave a Comment